bab 2

Sebulan kemudian...

Selesai makan tengah hari, Aleeya kembali semula ke pejabatnya. Setibanya dia di pejabat, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

“Waalaikumussalam, ibu. Alhamdulillah Al sihat. Ada apa bu?” tanya Aleeya hairan.

“Apa? Ibu dah terima pinangan Datin Shima. Untuk anaknya yang luar negara tu!” Aleeya terkejut setelah diberitahu kawan baik ibunya masuk meminangnya untuk anak lelaki diorang.

“Ye lah ibu. Al faham. Waalaikumussalam.” Aleeya menggaru kepalanya yang tidak gatal seraya mematikan perbualan dia dengan ibunya. Aleeya runsing.

“Aku kena kahwin dengan mamat sombong tu. Aduh! Macam mana ni? Aku rasa dah lama aku tak jumpa dia sekeluarga. Setelah family dia pindah ke London masa umur aku 10 tahun, aku dah tak pernah jumpa dia sekeluarga. Tapi macam mana keluarga dia boleh datang pinang aku pula ni. Macam mana erk muka mamat sombong tu sekarang? Kalau tak silap aku umur dia dah 30 tahun dah sekarang.” Aleeya bermonolog sendirian sambil termenung.

“Hah!!..” Sarah mengejutkan Aleeya dari lamunannya

“Ya Allah, kau ni Sarah. Kejutkan aku je kau tahu. Cuba kau beri salam ke kat aku. Ni tak main sergah je. Terkejut aku.” Aleeya memarahi Sarah.

“Hello!! Dah naik lenguh mulut aku panggil kau. Kau tahu tak? Apa yang kau menungkan tu? Aku nak tahu juga. Mana tahulah kau ada masalah. Citerlah kat aku mungkin aku boleh tolong.” Sarah menghulurkan bantuan.

“Tak ada apa pun. Kau tak payah risau lah. Aku okey je. Maafkan aku erk, aku tak dengar kau panggil aku tadi. Kenapa kau panggil?” Aleeya memohon maaf atas kesalahannya tadi.

“Bos suruh kau serahkan fail projek pembinaan kita kat Kota Damansara sekarang. Bos suruh kau letakkan atas meja dia.” Sarah mengingati Aleeya sambil menggelengkan kepala. Pelik?

“Oh.. fail tu. Aku simpan kat rak sebelah pasu bunga tu. Sekejap erk aku pergi ambil.” Aleeya mengambil fail yang dimaksudkan oleh Sarah untuk diserahkan kepada bosnya. “Aku pergi serahkan fail ni dulu ye. Nanti kita sambung perbualan lepas aku hantarkan fail ni ke bos. Bye..” sambung Aleeya.
.....

“Nah, ni untuk kau.” Aleeya menyerahkan kad udangan perkahwinanya kepada Sarah.

     “Eh! Apa kad apa pula ni?” tanya Sarah pelik sambil membuka sampul kad yang diberikan oleh Aleeya kepada tadi. “Al.. Alee..ya.. kau nak kahwin ke? Ya Allah, tak sangka akhirnya kau bertemu juga dengan jodoh kau. Aku tumpang gembira tau. Tak sabar rasanya aku nak tengok kau naik pelamin.” sambung Sarah dengan teruja.

     “Dan aku kalau boleh nak kau jadi pengapit aku, boleh?” Aleeya menyatakan hasratnya kepada Sarah.

     “Aku nak sangat!!!” Sarah menjerit kegembiraan sambil memeluk Aleeya. Aleeya membalas pelukan Sarah dengan senyuman.

.....

     “Aku nikahkan dikau, Tengku Iskandar Fitri Bin Dato’ Imran, dengan Nurul Aleeya Ameera Binti Haji Mukhtar dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit, tunai.” Kata kadi sambil mengoncangkan tangan..

    “ Aku terima nikahnya, Nurul Aleeya Ameera dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit, tunai.” Kata Iskandar tenang.

     “Sah?” kadi bertanya pada orang yang berada di kiri dan kanannya.

     “Sah.” Para hadirin menjawab dan mengucap syukur.

Aleeya hampir pengsan terkejut. Kini dirinya telah rasmi menjadi isteri kpd lelaki yang pernah dikenalinya dahulu. Lelaki ini boleh dikatakan sombong ketika dahulu. Aleeya sedar, menempuh alam perkahwinan dengan lelaki ini akan menempuh banyak onak dan duri. Air mata Aleeya berlinangan apabila dahinya dikucup oleh suaminya. Aleeya tidak tahu sama ada air mata yang mengalir ini air mata gembira atau kesedihan. Aleeya memeluk ibunya.

.....

Seminggu Aleeya berada di rumah ibunya. Seminggu itu jugalah Aleeya menjadi isteri kepada mamat sombong tu. Sekarang tibalah masa untuk dia dan Iskandar pulang ke rumah mereka sendiri. Kata Iskandar, papanya sudah membelikan mereka sebuah rumah banglo berdekatan dengan syarikat mereka. Iskandar mengajak Aleeya pindah ke banglo tersebut dan Aleeya tidak boleh membantah kerana takut dimarahi oleh Iskandar. Aleeya menurut perintah.

     “Ibu, Al pergi dulu ye. Ibu jaga diri baik-baik ye. Ibu doakan rumah tangga Al berkekalan hingga ke akhir hayat.” Aleeya memeluk ibunya.

     “Ya Al. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak ibu ni. Dah jangan menangis. Dah besar masih lagi menangis. Tak malu” Mak Senah memujuk anaknya.

     “Ibu ni....” Aleeya menyapu air mata lalu bersalaman dengan ibunya.

Setelah 2 jam perjalanan mereka dari rumah ibu ke Kuala Lumpur, akhirnya mereka tiba di rumah yang dibeli oleh papa Iskandar sebagai hadiah perkahwinan meraka. Iskandar memasukkan keretanya ke dalam garaj. Aleeya mengeluarkan begnya dari but kereta tanpa bantuan Iskandar. “dah lah sombong, tolong aku pun tak nak. Bencinya aku dapat suami macam dia” rungut Aleeya yang masih menarik bagasinya.

     “Ni rumah ke istana? Besarnya rumah ni!! Anak Dato’ mana boleh duduk rumah kecil-kecil. Jatuh standard dia dengan pangkat Dato’ tu.” Aleeya masih lagi dengan bebelan dia.

     “Hoi!! Kenapa kau cakap sorang-sorang tu. Kau dah gila ke? Nanti aku hantarkan kau kat hospital sakit mental. Kau nak?” sergah Iskandar.

     “Hey!! Saya tak gila lah.. sedap mulut dia je cakap orang gila.” Marah Aleeya.

     “Okey, tu bilik kau. Yang ni pula bilik aku. Aku nak kita tidur beransingan. Aku tak suka tidur dengan perempuan yang aku tak cinta dan perempuan tu adalah kau. Kau faham?” jelas Iskandar sambil menunjukkan keberadaan bilik mereka.

     “S..s.sa..ya fa..ham” jawab Aleeya gagap. “Baguslah kalau kau faham. Sekarang kita buat haluan masing-masing. Kau anggap je laa aku tak wujud dalam rumah ni. And last thing yang perlu kau ingat, jangan sesekali kau masuk atau ceroboh bilik aku. Aku tak suka. Awas kau kalau aku dapat tahu kau masuk dalam bilik aku. Aku nak tidur sekarang so sekarang kau pergilah masuk bilik kau tu.” sambung Iskandar sambil menghalau Aleeya masuk ke biliknya.

.....

     “Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan kepada hambamu ini. Tabahkanlah diriku dalam menghadapi ujian yang kau berikan kepada hambamu. Kau ampunilah dosa suamiku, Iskandar. Kau selamatkan orang-orang yang aku sayangi jauh dari azab api neraka yang panas. Amin.” Aleeya mengaminkan doa usai menunaikan solat Isyak. Aleeya kembali mengemas baki pakaian yang masih lagi ada dalam bagasinya setelah selesai solat.
     
“Is, kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?” Aleeya akhirnya tertidur bersama air matanya.