bab 3

Selesai solat subuh, Aleeya turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk suaminya. Sebelum ke dapur, Aleeya mengetuk pintu bilik Iskandar untuk mengejutkannya dari tidur tetapi dirinya pula yang dimarahi.

     “Awak, saya dah siapkan sarapan. Pagi ni saya masak nasi goreng cina. Nasi pun masih panas lagi ni. Jomlah kita makan sekali. Nanti nasi ni sejuk, tak sedap pula.” Aleeya memanggil Iskandar yang sedang memakai stokin di ruang tamu.

    “Tak payahlah kau susah-susah nak masak untuk aku. Aku bukan teringin sangat nak makan masakan kau tu. Kau makan lah sorang.” Iskandar mencapai beg kerjanya dan berlalu keluar.

     “Awak..” panggil Aleeya setelah tengok Iskandar siap memakai kasut.

     “Ada apa lagi. Kalau pagi-pagi macam ni kau tak kacau tak boleh ke? Rimas aku” Iskandar bosan dengan sikap Aleeya yang dari tadi tak berhenti bercakap.

     “Saya nak salam, boleh?” tanya Aleeya kepada Iskandar sambil menghulurkan tanganya tetapi Iskandar tidak menyambut huluran tangannya. Iskandar berlalu begitu saja.

     “Sabar Al, kau tak boleh menangis. Kau kan kuat. Kau wanita yang tabah dan kau tak lemah.” Aleeya melihat jam tanganya. “Ya Allah, aku dah lewat nak ke office ni.” Aleeya pantas mencapai beg kerjanya lalu menghidupkan enjin keretanya. Setibanya dia di pejabat, dia seakan-akan mencari sesuatu.

“Eh, Cik Aleeya... Opstt.. maaf..correction.. Puan Aleeya. Selamat kembali ke pejabat. Kau apa khabar? Macam mana suami kau tu? Baik tak? And why you lewat datang kerja hari ni? Biasanya aku datang kerja, kau dah terpacak kat meja aku?” Sarah mengasak Aleeya dengan pelbagai soalan.

“Amboi!! Kau ni. Letih aku naik tangga pun belum hilang lagi, kau dah asak aku dengan soalan yang tak bermaruah kau ni. Bukan satu soalan, tapi beribu. Ni aku pula nak tanya kau, bos kita ada tak hari ni?” Tanya Aleeya cemas.

“Alhamdulillah, kali ni kau selamat tau. Pasal apa? Pasal bos kita on the way ke tapak projek kita kat Petaling Jaya. Kenapa kau takut bos tahu hari ni kau masuk lewat?” Sarah menyambung kembali perbualannya.

“Of course lah aku takut. Aku tak naklah nanti aku di pecat disebabkan aku terlewat.”

“Hey! Kalau kau kena pecat pun, harta suami kau tu banyak. Tak habis keturunan kau makan harta tu. Kau duduk rumah goyang kaki je. Kan best!!” ujar Sarah teruja.

“Ish kau ni. Aku tak nak harapkan sangat duit suami aku tu. Aku tahu dia kaya, tapi aku sebagai isteri dia hidup bukan bergantung kepada hartanya sangat. Nanti dikatakan isteri pengikis harta suami. Tak nak aku. Lagipun aku dah biasa hidup berdikari. Dan aku bahagia je hidup.” ujar Aleeya bangga.
“Hmphh.. suka hati kau lah. Dah kau suka cara hidup kau macam tu, apa aku boleh buat. Asalkan kawan baik aku ni bahagia. Dah lah, jom kita sambung balik kerja kita. Aku rasa macam ada nenek kebayan sedang perhatikan kitalah.” Sarah menjeling ke arah setiausaha bosnya, Kak Mona.

“Ha..ha.. jahat betul mulut kau tu. Kalau dia dengar kau cakap macam tu kat dia, aku rasa satu pejabat kecoh. Kau tahu kan mulut si Mona tu macam mana?” sambung Aleeya sambil melihat ke arah Mona.

Sarah berlalu menuju ke arah tempat duduknya setelah selesai berbual dengan Aleeya. Mereka berdua kembali menyambung kerja mereka.
.....

Hari ini merupakan cuti hujung minggu bagi para pekerja. Aleeya menghabiskan masa paginya bersama pokok-pokok bunga di halaman rumahnya. Aleeya menyusun atur pasu-pasu bunga yang patut di susun supaya nampak lebih kemas. Aleeya menyiram pokok-pokok bunga yang telah siap disusun.

 “Assalamualaikum, awak orang baru dekat sini ke?” ada seseorang menyapanya. Aleeya yang sedang menyiram pokok bunga berpaling seraya menjawab salam.

“Ha’ah! Saya baru pindah dua hari lepas kat sini.” Aleeya berjalan menuju ke pili air untuk menutupnya.

“Hai, saya Shahir. Panggil saja Shah. Awak??” Shahir memperkenalkan diri lalu dihulurkan tangannya untuk bersalam.

“Oh, saya Aleeya. Panggil saya Al pun dah cukup. Mudahkan?” Aleeya menyambut huluran tangan Shahir dan tersenyum senang.

“Awak tinggal dengan siapa? Saya tengok awak sorang saja, tak nampak pun orang lain. Tak takut ke?” Shahir bertanya kerana sejak Aleeya tinggal dekat sini jarang dia melihat Aleeya bersama orang lain.
“Eh, taklah. Saya tinggal berdua dengan suami saya. Memang dia tu susah sikit nak nampak, busy sangat. Keluar awal pagi, balik pula tengah malam.” Aleeya mengeluh apabila mengenangkan perangai suaminya yang sentiasa sibuk dengan kerjanya di pejabat.

“Aik? Takkanlah cuti hujung minggu macam ni pun kerja juga?” Shahir perli. Aleeya hanya tersenyum. “Krriingg..” telefon berbunyi.
“Maaf, Shah. Saya masuk dululah. Telefon berbunyi tu. Saya nak angkat telefon dulu. Bye.” Aleeya berlalu begitu sahaja setelah memohon maaf kerana tidak dapat berbual lama-lama dengan Shahir. Shahir hanya menghantar Aleeya dengan pandangan matanya sahaja.

“Melepas aku. Kacau betul telefon ni. Nak cakap lama-lama pun tak boleh. Takpe Shah, kau jangan risau. Bunga tu tak lari ke mana. Jaga kau, Al.” Shah menghidupkan enjin keretanya sambil bermonolog sendirian.

Aleeya mengangkat telefon. “Hello! Assalamualaikum. Siapa di sana?” soal Aleeya. “Baiklah.” Aleeya menjawab seraya meletakkan telefon. Aleeya termenung. “Suka hati kaulah, Is kau nak balik pukul berapa pun. Kalau kau ada pun, macamlah kau layan aku dengan baik pun. Baik aku pergi mandi. Dah melekit rasa badan ni.” Aleeya berjalan ke biliknya.

. . . . .

Iskandar meraup wajahnya berkali-kali sambil menyandarkan badannya ke kerusi. “Tok, tok..” seseorang mengetuk pintu biliknya. “Masuk!!” Laung Iskandar dari dalam.

“Hey, bro!! Lama aku tak jumpa kau. Sejak kau kahwin, aku tengok kau asyik busy je. Aku ajak kau keluar makan, kau tolak dengan alasan kau busy. Kenapa dengan kau ni. Tensionlah aku tengok. Kau ada masalah ke, bro? Kongsilah.” Tanya Azril pelik dengan perangai sepupunya selepas berkahwin.

“Ish, aku tiada masalah pun. Memang aku busy pun. Kau fahamlah, syarikat papa aku baru sahaja dapat tender yang baru. So, aku sebagai anak kena uruskan.” Iskandar memberi helah supaya Azril.

“Alasan..” Azril mengeluh.

“Ni Ril, yang kau terpacak pagi-pagi buta macam ni dekat pejabat aku ni kenapa?” Iskandar bertanya pelik.

“Oh ye. Aku lupa nak cakap. Nah! Kau datanglah. Jangan lupa bawa bini kau yang cantik tu sekali. Aku minta diri dulu, aku tak boleh lama-lama kat sini sebab aku dah janji dengan papa aku nak main golf dengan dia. Nanti aku juga yang kena marah. Oklah, bye!!” Azril menghulurkan sekeping kad kepada Iskandar dan berlalu begitu sahaja. Iskandar memandang sepi kad tersebut. “ Jangan lupa bawa bini kau yang cantik tu sekali” Iskandar mengingati kata-kata sepupunya tadi.


“Hello..” Iskandar menelefon seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan