bab 4

    "Terima kasih sebab sudi datang, jemput masuk.” Azril menyambut tetamu yang hadir ke majlis hari jadi adiknya. Azril ternampak Iskandar yang sedang menuju ke arahnya.

     “Selamat datang, bro. Sorang sajakah? Mana bini kau?” Azril menyambut kedatangan sepupunya.

     “Aku berdua dengan Sheila. Bini aku kurang sihat. So, aku ajaklah Sheila sebagai teman aku.” Iskandar berbohong. Azril memandang Sheila yang baru sahaja tiba di depan mereka. Sheila menghulurkan tangannya untuk bersalam.

     “Is, jom kita ke dalam. Acara dah nak start dah ni. Aku tak nak terlepas. Kau fahamlah adik aku tu macam mana.” Azril meletakkan tangannya di atas bahu Iskandar lalu ditarik Iskandar ke dalam tanpa pedulikan huluran tangan Sheila. Sheila memberontak.

. . . . .

     Azril menghulurkan segelas air kepada Iskandar lalu mengambil tempat di sebelah Iskandar. “Is, kau serius ke dengan Sheila tu?” Azril bertanya.

     “Kenapa kau tanya macam tu? Kau dengki ke” Iskandar bertanya kembali.

     “Ish, kau ni. Ke situ pula kau ni. Tak lah, aku tengok Sheila tu macam syok semacam je dekat kau. Kau kena ingat, kau tu dah kahwin. Jangan robohkan rumah tangga kau macam tu saja. Aku bukan apa, aku tak naklah tengok kawan aku tiba-tiba jadi duda.” Azril bersuara.

     “Tengoklah macam mana.”

     “Tengok macam mana apa ke bendanya! Kau ni memang tak cintakan isteri kau ke sampai sanggup kau nak robohkan mahligai yang kau bina?” Azril marah bila sepupunya bersikap begitu.

     “Kau tahukan, Ril. Aku kahwin dengan dia tu pun sebab mama dengan papa aku yang suruh. Kalau ikutkan, aku pun tak mahu kahwin dengan dia. Aku tak boleh lupa apa yang dia dah buat kat aku dulu. Sampai aku dapat cicik pun aku takkan sesekali lupakan. Aku masih berdendam dengan dia.” Iskandar masih tidak lupakan dendamnya dulu.

“Is!! Benda tu dah lamalah. Yang kau simpan dendam kau ni buat apa? Dia bukanya sengaja nak buat semua tu. Mungkin ada orang yang suruh dia lakukan ke? Is, kau buanglah semua dendam kau tu. Buka buku baru, binalah hidup baru. Cuba kau cakap dengan aku, kau nak balas dendam kau tu macam mana. Kau nak bunuh dia?” Azril bangun dari tempat duduknya dan menuju ke kolam yang berhampiran.

“Yang kau emo sangat ni kenapa? Relakslah, ni dendam aku dengan dia. Aku rasa kau tak perlulah nak masuk campur. Aku boleh selesaikan masalah ni sendiri. Lagi satu, kenapa kau cakap mungkin ada orang yang suruh dia lakukan? Apa maksud kau. Kau jangan risau, aku taklah sekejam tu sampai-sampai nak bunuh anak orang. Aku masih waras lagilah.” Iskandar pelik dengan Azril yang tiba-tiba naik marah.

“Erkk..aku cu..cu..ma buat andaian saja.” Azril gugup. “Nasib baik tak terlepas.” gumam Azril.

“Aku rasa dah lewat sangat ni. Aku rasa baik aku chow dulu. Bye geng!” Iskandar berlalu bersama Sheila. Azril menggeleng kepalanya. “Suka hati kaulah Iskandar. Asalkan kau tak apa-apakan anak orang.” Azril berlalu masuk ke dalam.

. . . . .

Iskandar memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah Sheila. “Thanks sayang sebab sudi ajak I ke majlis tu. I ingat lepas you dah kahwin, you terus lupakan I. Kenapa you tak ajak isteri you tu?” Sheila mengengam tangan Iskandar.

“Ish, you ni. You masih lagi kawan I. I takkan lupa. I dah ajak dia, tapi dia tolak. Kenapa? You tak suka ke bila I ajak you?” Iskandar berbohong.

“Bukan I tak suka. Tapi you tahulah, you ni suami orang. I tak naklah nanti dikatakan orang I ni perampas husband orang.” Sheila melentokkan kepalanya di atas bahu Iskandar. Iskandar menarik tangan Sheila.

“Selagi I hidup, takkan ada siapa pun yang berani kata you macam tu. I promise.” Janji Iskandar.

“Promise?” Sheila kembali bertanya. Iskandar mengangguk.

“I mengantuklah. I rasa baik you masuk. Hari pun dah lewat malam. Nanti badan you masuk angin pula.” Iskandar memujuk Sheila.

“Okeylah, bye sayang. I masuk dulu.” Sheila melangkah keluar dari perut kereta. Iskandar memecut laju keretanya. Sheila tersenyum puas. “Kau tunggu perempuan! Berani kau rampas Iskandar daripada aku. Kau belum kenal lagi aku siapa.” Sheila melepaskan geramnya.

. . . . .

Minggu ni, Iskandar dan Aleeya cuti. Iskandar masih lagi dibuai mimpi indah dalam biliknya. Tiba-tiba telefonya berbunyi. “Siapa ni!!?” dengan marahnya Iskandar bertanya.

“Saya ni,Al. Mama dengan papa awak ada depan rumah kita. Kenapa awak tak cakap yang diorang nak datang.” Aleeya memarahi Iskandar.
“What’s!!” Iskandar bangun dari tempat tidurnya dengan segara dan menghilangkan dirinya ke dalam bilik air.

“Boleh pula dia off kan telefon. Aduh macam mana ni. Arghh!! Nanti-nantilah aku fikir semula.” Aleeya terus membuka pintu rumah.

“Waalaikumussalam. Maaf mama, papa, Al lambat sikit buka pintu. Al ada dekat dapur tadi. Kurang dengar. Jemputlah masuk. Mama dengan papa sihat?” Aleeya bertanya lanjut sambil menjemput mama dengan papanya masuk. Mereka menuju ke ruang tamu.

“Alhamdulillah, kami sihat. Is mana? Mama tengok kereta dia ada di depan, tapi tuan pula tak nampak?” soal Datin Aishah kerana kelibat anaknya masih belum nampak.

“Oh, Is ke? Maksud Al, abang? Dia ada dalam bilik kerja. Nanti dia turun. Kenapa mama dengan papa tak cakap nak datang?” Aleeya bertanya kepada mama dan papanya.

“Mama kamulah. Rindu sangat dengan menantunya. Mama kamu kata nak buat suprise untuk kamu berdua. Tu yang kami datang mengejut ni.” Dato’ Imran cuba menerangkan keadaan sebenar.

“Mama kalau dah dapat menantu kesayangan dia, anak sendiri pun dah tak ingat. Asyik ingat dekat menantu dia saja.” Iskandar menyakat mamanya. Iskandar duduk di sebelah Aleeya. Aleeya menghantar jelingan

“Mama sebenarnya rindukan kamu berdua. Sebab itulah mama dengan papa datang ke sini.” Datin Aishah meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
“Mama dengan papa duduklah dulu. Al nak ke dapur, nak buat air. Kebetulan pula, Al ada buat puding triffle pagi tadi. Al pergi ambil sekejap. Boleh kita makan sama-sama.” Aleeya teringat puding yang dibuatnya pagi tadi. Aleeya bangun untuk ke dapur setelah mendapat izin dari mama dan papanya.

“Sayang, abang tolong sekali. Mama dengan papa duduk dulu. Is nak tolong Al dekat dapur.” Iskandar mencapai tangan Aleeya. Aleeya cuba menarik tangannya dari cengkaman Iskandar tetapi kudrat seorang perempuan tidak setanding lelaki. Tenaga Iskandar lebih kuat darinya.

“Baiklah, mama dengan papa tunggu dekat taman sajalah. Waktu petang macam ni, hirup udara luar sedap juga.” Datin Aishah memberi cadangan. Iskandar dan Aleeya berlalu ke dapur.

. . . . .

“Mama dengan papa makan dulu. Al ada kerja sikit nak buat. Al masuk sekejap.” Aleeya meminta diri untuk memindahkan barangnya ke dalam bilik Iskandar. Takut kantoi punya pasal. Datin Aishah dan Dato’ Imran mengganguk.

“Mama dan papa nak duduk sini berapa hari?” Tanya Iskandar apabila mengambil tempat disebelah papanya.

“Mama ingat nak tinggal kat rumah kamu untuk dua hari saja. Mama ingat nak tinggal lama sikit kalau boleh, tapi mama nak ikut papa kamu pergi Jepun minggu depan.” Jawab Datin Aishah.

“Papa nak buat apa dekat sana? Bercuti erk?” Iskandar sengaja mengusik.

“Ish, kamu ni. Kamu ingat papa ni takde kerja ke asyik nak bercuti saja. Papa ke sana sebab syarikat sana ada masalah.”

“Is gurau saja, pa. Masalah apa sampai papa kena naik sana?” Iskandar bertanya.

“Papa pun belum pasti apa masalahnya. Tetapi melalui maklumat yang papa dapat, ada orang yang cuba jadi batu api dalam syarikat kita. Semua ni masih lagi dalam siasatan. Kalau papa tahulah siapa dia, memang papa akan kenakan tindakan yang tegas.” Ujar Dato’ Imran geram dengan sikap pekerjanya yang cuba menjatuhkan syarikatnya.

“Siapalah yang cuba menjatuhkan maruah keluarga kita. Lamakah papa dengan mama dekat sana?” tanya Iskandar risau.

“Papa pun belum pasti. Mungkin sebulan dua atau mungkin lebih.” Papa hanya tersenyum. Iskandar terkejut sambil menggelengkan kepalanya.

“Dah lah borak pasal tu. Kamu berdua asyik dengan pekerjaan saja. Is, kamu jagalah baik-baik si Aleeya tu. Mama tak nak sepanjang kami tiada, kamu berdua nak bergaduh saja kerjanya. Kamu kena ingat janji kita dengan arwah ayahnya dulu semasa kemalangan. Kamu tahukan kemalangan tu berpunca daripada kita sekeluarga. Dan lagi satu mama nak ingatkan, jangan sampai kamu terlepas cakap pasal hal ni kepada Aleeya dan keluarganya” Datin Aishah mengingatkan anaknya tentang janji keluarganya dengan ayah Aleeya, Haji Mukhtar untuk menjaga Aleeya dan Aleef selepas kematian Haji Mukhtar.

“Erk..Insya-Allah, mama” Iskandar gugup. Dia betul-betul terlupa akan janji tersebut. “Kalau mama dengan papa tak langgar motor yang dinaiki oleh Haji Mukhtar masa tu, tak payah susah-susah aku nak kahwin dengan perempuan ni. Arrghh!!” Gumam Iskandar serabut.

Aleeya terduduk apabila terdengar perbualan antara Iskandar dengan mama dan papanya. Tidak sangka orang yang menyebabkan kematian ayahnya, berada dekat dengan dirinya sendiri. Aleeya menyapu air matanya yang berderai jatuh ke pipi lalu bangun menuju ke arah mereka. Dia berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Iskandar memandang Aleeya pelik.

“Kenapa dengan Al? Nampak macam sedih. Dia dengar ke apa yang mama cakap? ” Iskandar bermonolog.

4 ulasan: