SMASID ThrowBack : Kem PRS Bersama SMA Al-Falah (Awesome Facilitator) 2014



Assalamualaikum ♥

* Baju Kuning * - SMA Al-Falah, Kemaman
* Baju Ungu * - SMA Sultan Ismail Dungun
Sebenarnya, Kirah ada cerita lain disebalik throwback ni. So, Kirah tak nak cerita lagi. Kirah nak throw kisah lain dulu. Then, baru Kirah cerita. ^^

Kem PRS gabungan 2 buah sekolah agama dari daerah yang berlainan. Tapi masih tetap dalam negeri yang sama ☺.. Haha. 
Kalo cerita bab ni memang rindu sangat². Almost !!!

Berkenalan dengan kawan² yang berlainan sekolah membuatkan diri kita pun jadi lain. Mana taknya, sorang² mempunyai kriteria lain². Sampai lah kita rasa diri kita ni tak asing bagi diorang dan diorang tak rasa asing dengan kita. Jujur Kirah cakap, Kirah ni bukan lah terbaik sangat kalau bab² berkenalan or bertegur sapa ni. Kirah tak pandai beramah mesra dengan orang baru. Kirah akan diam je selagi tak de orang tegur and bercakap dengan Kirah. Teruk kan? Haha. Kirah kat sana pun macam tu lah. Kirah kawan dengan kawan Kirah je dari sekolah yang sama je. Hihi

Bermulanya program tu, Kirah x senang sebab fasi cakap kita tak boleh duduk dengan kawan satu sekolah. Gulrp..!! Deep ! Baru je plan nak duduk sama². Kirah pun berganjak lah slow² ke meja lain yang takde member SMASID ni. Satu meja untuk 3 orang. Kirah lurus bendul. Cari jugak meja yang takde member SMASID. Kiranya Kirah sorang je dari SMASID lagi 2 orang dari SMA Al-Falah. Hihi. 

3 hari sepanjang program, 3 hari tu jugak lah kitaorang main tukar² tempat. Tak boleh duduk di tempat yang sama. Kitaorang semua ni ikut saja lah. Tapi program yang dianjurkan satu pun tak membosankan. Pandai betul fasi² trick kitaorang.

Petang pada hari kedua, fasi buat satu permainan. kitaorang di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap sorang perlu bawa sebatang pen and kain batik. Ntah, Kirah tak ingat dah. Kitaorang kena berbaris dan ikat tangan setiap sorang dekat pinggang kawan depan kita. Kirah fail kalo bab terang² ni. Kirah takde gambar nak tunjuk. haha. Semua dah hilang. Bila dah terikat macam tu memang susah sangat nak gerak. Ohh ye, sebelum kitaorang berikat fasi dah arahkan sorokkan pen masing². Kirah letak kat sebelah pasu je. Betul² tepi jalan. haha.

Dengan terikat dan berkalan dalam berpelukkan macam tu, kitaorang kena cari pen yang kitaorang sorokkan tadi. Nasib baik Kirah letak kat bawah je. Tak susah sangatlah nak ambil. Ada yang letak kat atas pintu, kat celah² tingkap and tempat tinggi tu, terkial-kial diorang nak ambil. Haha. Nak sorok sangat kan? Tapi ada jugak kumpulan Kirah pergi sorok bawah rumah. Memang sesak masuk bawah rumah tu. Dah lah berekor kat belakang. Fuh! Sakit pinggang yang amat. Tapi tu lah best memori. Then, ada satu lagi permainan lepas main yang tadi. Tapi Kirah tak larat nak cerita panjang². Kitaorang main belon air, tapi disambut dengan kain. Pecah belon tu kena denda. Basah !!
Lepas siap main, terus pergi makan. Lapar! Dengan pakaian basah, main redah je. Asal perut kenyang.

Last day, pagi tu. Kirah tengah makan dengan member, Abang Syafiq bagi kain selimut. Dah lah cakap kain selimut tu mahal lah, apa lah. Ingat Kirah tak tahu ke yang selimut tu pihak resort punya. Siap ada nama resort lagi. Kirah perasan lah! Saja nak kena kan orang pagi². Tak pe bergurau last day. Masuk dewan, macam² aktiviti kitaorang buat. Best !!! Ada satu game, abang fasi suruh bina bangunan or something yang sama macam tu lah. Tapi guna kad. Ntah bangunan apa yang kumpulan Kirah bina, asalkan siap. Masa tengah bina tu jugak lah Abang Imam pergi kacau. Nak hancurkan bangunan yang separuh siap di bina. Kirah halang guna pen. Kalau tak habislah i-phone dia. Tapi masa main baling² bola cute yang kecil tu. Hancur jugak !! Dah malas nak cerita ^^
Last kali, ambil gambar sama². Kuat jugak berselfie time ni. Haha..

Kertas² yang diberikan oleh kawan² time program dijalankan masih simpan sampai sekarang. Elok lagi bentuknya. Kenangan punya pasal.

Gambar bersama 2 orang abang fasi, Abang Imam dan Abang Syafiq yang
menganjurkan program ni dari awal hingga akhir. Tanpa penat lelah.
Baju kuning tu member Al-Falah. Tumpang sekaki, tapi kaki pun tak nampak.
Berbalik pada soalan tadi. Kenapa Kirah nak throwback sangat stori ni sebab bunyi cerita Abang Fasi Syafiq jumpa jodoh on the way balik dari dungun ke KL. Hihi. Nak tergelak jugak baca stori Abang Syafiq dalam blog. Sorry! Anyways, mungkin bukan jodoh Abang Syafiq lah tu. Mungkin yang lagi terbaik dari tu. Kirah doakan semoga Abang Syafiq berjumpa dengan jodoh cepat². Aminn..

Thanks Abang² Fasi kami
:: Abang Syafiq Aizat and Abang Imam Habibie ::

5 ulasan:

  1. wah seronok nya zaman sekolah kieyrah :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. tmpat ne jugak saya pernah buat kem masa di skolah sains hulu trengganu dulu... batch 95 :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat ni memang selalu dijdkn tempat sklh2 buat aktiviti & kem2 yg menarik.. tempatnya pun menarik dan mewah .. satu lg strategik sbb betul2 tepi pntai..

      Padam
  3. maaf sangat.hadiah yang kieyrah menang terpaksa buat undian kedua sebab jadi hadiah tak dituntut.takde rezeki kieyrah lah tu...insyaallah lain kali ya kieyrah...

    BalasPadam