Menantu Dibenci Isteri Disayangi

Siaran astro yang sedang mengulang tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dapat menarik perhatian Rusydi yang sedang menontonya. Kadang-kadang terdengar juga suara Datin Masyitah tergelak-gelak menonton movie tu.
“Amboi, mama. Dah banyak kali mama tengok movie ni tapi kadar mama gelak tu tetap sama. Mama tak bosan ke?” Rusydi mengeleng kepalanya melihat Datin Masyitah yang masih khusyuk menonton televisyen tanpa mengendahkan pertanyaannya tadi.
“Rusy, mama ada nak cakap benda sikit ni.”Rusydi terus toleh kepalanya ke arah Datin Masyitah. Rusydi tidak membalas dan sabar menunggu mamanya menyambung kata-katanya. “Mama dah booking temu janji kamu dengan anak Datin Ros. Kalau tak silap mama namanya Razita. Jadi malam esok, mama nak kamu jumpa dengan Zita. Mama minta kamu berkenal-kenalan dulu.” Arah Datin Masyitah.
Rusydi dapat agak dah apa yang akan diperkatakan oleh mamanya. Balik-balik pasal nak cari jodoh untuk dia. Kadang-kadang naik rimas juga Rusydi bila mamanya suka masuk campur dalam urusan cari jodohnya.
“Mama, bukan Rusy tak nak pergi tapi ni dah dekat 10 orang perempuan yang mama kenalkan dekat Rusy. Tapi mama tengoklah, takde seorang pun yang lekat dengan Rusy ni, mama. Rusy dah bosan semua ni. Nanti kalau ada jodoh untuk Rusy ni, adalah menantu untuk mama ni.” Rusydi gelak seraya melihat wajah masam mencuka Datin Masyitah.
“Kamu tu jangan lah nak jual mahal sangat. Kalau macam ni terus, siapa-siapa pun tak nak kat kamu tu. Boleh tak kamu jangan memilih sangat. Yang mama jodohkan untuk kamu tu, bukan tak lawa pun. Semuanya bekerjaya, pangkat tinggi-tinggi, cantik, macam-macam lagi lah. Sesuai lah dengan pangkat dan kedudukan kita ni.”Ujar Datin Masyitah tidak puas hati dengan kata-kata anaknya.
“Mama, taste mama tu terlampau sangat. Terdedah sana, terdedah sini. Oh! Tak larat Rusy nak menanggung dosa jadi suami untuk perempuan macam tu. Daripada kahwin dengan diorang semua, Rusy rela dikahwinkan dengan orang utan.”Rusydi belum puas hati tetapi masih kekal dalam nada yang tenang. Rusydi membayangkan dirinya digandingkan dengan orang utan atas satu pelamin. Akhirnya, terlepas ketawa Rusydi.
“Kamu ketawalah puas-puas. Mama tak kira, malam esok kamu mesti jumpa dengan Zita. Mama nak kamu bincang elok-elok dengan dia.”Datin Masyitah masih tetap dengan pendirianya. Rusydi mengangkat kepala.
“Tapi, mama..”
“No, excuse !! “Datin Masyitah memotong percakapan anaknya. Datin Masyitah geram dengan perangai anak tunggalnya kalau bercakap bab jodoh. Mesti Rusydi cuba akan mengelak dengan beribu alasannya.
“Mama, Rusy naik atas dulu lah. Mata Rusy ni tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Selamat malam, mama.” Spoil mood Rusydi menonton televisyen bersama mamanya tadi.
“Ingat, Rusy. Esok malam !”Datin Masyitah mengingatkan anaknya
“Hmm.. tengoklah macam mana..”Rusydi meneruskan langkahnya sambil tangannya menutup kedua-dua belah telinganya. Tak sanggup nak dengar!
Tiba sahaja di bilik, Rusydi terus melompat ke atas katil. Termenung Rusydi untuk beberapa minit. Setelah itu, dia mencapai gambarnya bersama seorang perempuan berpakaian baju sekolah.
“Sayang, awak kat mana? Saya rindukan awak!”Rusydi mengucup gambar tersebut sebelum diletakkan kembali ke tempat asal. Akhinrya, matanya memberat dan terlelap…
 
Seperti yang diperkatakan mamanya, akhirnya Rusydi terpaksa juga hadirkan dirinya berjumpa dengan perempuan mamanya. Bercampur dengan mood yang tidak baik macam-macam boleh jadi. Agak-agaknya mall yang besar ni pun boleh runtuh. Rusydi buntu. Bukan dia tak nak kahwin tapi wanita yang dia cintai belum lagi di temui. Dia sudah berusaha mencari tapi sia-sia apabila dia dapat tahu wanita itu dah pindah jauh dari negara ni. Tetapi dia tetap menanam keinginan untuk mengahwini wanita tersebut. Rusydi meneruskan perjalanannya ke restoran yang telah di tempahkan oleh mamanya untuk dinner dia dengan Razita malam ini. Langkahnya terlalu perlahan kerana sengaja melengah-lengahkan masa. Sampai sahaja di sebuah bangku, dia terlihat tin air yang telah dikemekkan berada di atas lantai. Tiba-tiba idea nakal Rusydi muncul di benaknya. Dengan kiraan tiga, dia menyepak tin tersebut ke sasarannya iaitu tong sampah bersebelahan dengan bangku tapi malangnya tendangnya sangat kuat menyebabkan terpelanting tin itu ke arah lain.
Tangggg !!
“Aduh!! Sakitnya” seseorang mengeluh kesakitan. Rusydi membulatkan matanya. Rupanya tin yang di tendangnya mendarat di kepala seseorang yang berada di situ. Rusydi dengan cepat menghampiri orang tersebut untuk memohon maaf. Salah dia.
“Err..Cik.. Cik, tak apa-apa ke? Maaf, sa..ya , saya tak sengaja tadi. Saya nak buang tin tu dalam tong sampah tapi tak kena sasaran.”Rusydi berdebar melihat wanita itu tidak memberi sebarang respon. ‘Takkan pengsan kot kena tin ni’ Rusydi tertanya-tanya. Wanita tersebut bangun lalu menghadap Rusydi. Mereka terkejut.
“Wardah?”
“Err.. Rusydi?”
“Dah lama saya cari awak, Wardah. Ke mana awak menghilang selama ni?”Rusydi bertanya. 8 tahun dia mencari Wardah. Akhirnya ketika dia hampir putus asa, dia bertemu semula dengan wanita yang sangat dicintainya hari ini. Rusydi meraup wajahnya tanda dia bersyukur.
Wardah tergamam melihat Rusydi di hadapannya sekarang. Mana tidak terkejut, lepas saja habis SPM dia terus mengikut datuknya ke Korea. 8 tahun di Korea baru dia pulang ke Kuala Lumpur, itu pun setelah datuknya meninggal dunia di sana. Kini, dia tinggal keseorangan tanpa keluarga. “Rusydi ! Awak buat apa kat sini?” Wardah bertanya.
“Ooh, saya saja jalan-jalan kat sini.”Wardah menyepi setelah menerima jawapan dari Rusydi. “Err.. “ Rusydi tidak meneruskan kata-katanya.
“Encik Rusydi, kalau tiada apa-apa saya minta diri.”Wardah minta diri dan berlalu begitu saja. Rusydi yang terkejut dengan tindakan Wardah, terus mengejarnya.
 “Awak ! Tunggu.”Rusydi menyambar tangan Wardah di khalayak ramai. Wardah berhenti mengejut. Kaku.
“Awak nak apa !”Wardah memarahi Rusydi. Dia tidak suka diperlakukan begitu. Dirinya masih bermaruah. Rusydi terus menarik tangannya dari menyentuh tangan Wardah.
“Wardah, dah 8 tahun saya tunggu awak. 8 tahun jugak saya simpan cinta dan kesetiaan ini hanya untuk awak. Dulu kita putus semata-mata mama saya halang hubungan kita. Awak suruh ikut cakap mama saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran, barulah memikirkan soal cinta. 8 tahun saya mencari awak lepas saja awak pindah dan 8 tahun saya menantikan awak hingga ke hari ini.”Terang Rusydi bersungguh-sungguh. “Wardah Shifwa, saya cintakan awak. Sudikah awak menerima saya semula?”
Terpana Wardah mendengar pengakuan Rusydi. Benarkah Rusydi menunggunya selama 8 tahun? Adakah perlu dia menolaknya? Perlahan-lahan Wardah berpaling memandang Rusydi. Dia juga sudah lama menunggu Rusydi. Sebelum dia berpindah ke Korea, berat sangat hatinya meninggalkan semua kenangannya bersama Rusydi. Mereka putus pun disebabkan dia juga. Kalau dia tidak minta putuskan hubunganya dengan Rusydi dulu, mungkin dia bahagia sekarang bersama Rusydi. Tapi itu semua silapnya dulu dan dia tak akan putarkan kesalahan yang pernah dia lakukan dulu. Wardah tekad dengan keputusannya. Akhirnya, senyuman terukir di bibir Wardah.
“Senyum-senyum tu tandanya setujulah”Rusydi gembira melihat senyuman di bibir Wardah. Cinta Rusydi telah kembali.
Usai sahaja membuka kasut, kalut-kalut Rusydi melepasi pintu utama rumahnya. Hari ini dia benar-benar sibuk. Kalau tidak kerana panggilan dari Datin Masyitah di pejabat tadi, tidak perlu dia tergesa-gesa pulang ke rumah. Rusydi terus menghalakan dirinya ke ruang tamu apabila terdengar suara orang sedang berbual-bual. Terbantut niatnya untuk menjenguk Datin Masyitah di bilik. Rusydi naik marah apabila melihat mamanya elok berbual dengan tetamunya.
“Mama ! Apa semua ni?”Rusydi meninggikan suaranya kepada Datin Masyitah. Tadi Datin Masyitah menelefonnya dan mengkhabarkan dirinya sakit. Tetapi bila saja Rusydi balik, elok saja Datin Masyitah melayan tetamunya. Sah! Dirinya dipermainkan.
“Maafkan mama, sayang. Mama bukan sengaja nak tipu Rusy, mama terpaksa. Kalau mama ceritakan hal sebenar, dah tentu Rusy takkan balik. Beribu alasan Rusy beri kat mama. Jadi mama buat rancangan macam ni.”Datin Masyitah menerangkan keadaan sebenar. Rusydi tetap tidak puas hati.
“Mama, kalau setakat benda macam ni, kita boleh bincang kemudian. Alasan mama tu tak masuk akal !”Rusydi masih menggunakan nada yang sama seperti tadi. Baran di dadanya masih belum surut. Pedih hatinya.
“Mama memang sakit! Mama sakit hati. Mama suruh Rusy jumpa Zita semalam, kenapa Rusy tak jumpa? Rusy kemana semalam?”Sakit hati Datin Masyitah dengan Rusydi. Sanggup dia meninggikan suara kepadanya. Hal yang dibangkitkan bukannya besar sangat.
“Oh, nilah perempuan yang nama Zita tu? Jadi kau datang kat sini semata-mata nak mengadu?” Sinis Rusydi memandang Razita yang dari tadi asyik mendengar perbualannya dengan mama.
“Memang patut pun. Kalau Rusy tak mahu jumpa dengan Zita sekalipun, sekurang-kurangnya Rusy call dulu dia. Cancel je. Ni tak, Rusy biarkan Zita sorang-sorang kat restoran tu sampai tutup, Rusy tetap tak datang jugak. Rusy tak fikir perasaan Zita macam mana? Tak kesiankan dia ke?”Datin Masyitah membebel panjang. Rusydi menjengilkan matanya ke arah Razita.
“Tapi ada ke peluang untuk Rusy buat semua tu? Rusy rasa, mama tak perlulah nak ajar Rusy jaga perasaan orang kalau mama sendiri pun tak cukup perfect nak jaga perasaan anak sendiri and one more thing for your information Rusy dah ada calon pilihan sendiri. So lepas ni, Rusy rasa tak perlulah mama nak sibukkan diri carikan jodoh untuk Rusy. You, Zita! Cari lah lelaki yang lebih baik dari aku. Yang boleh didik kau jadi lebih baik sikit!” Rusydi meninggalkan Datin Masyitah dan Razita terkebil-kebil di ruang tamu. Sempat juga dia berceramah free kat Razita tadi. Bunyi pintu bilik Rusydi yang dihempaskannya ternyata mengejutkan Datin Masyitah dan Razita.
“Zita jangan risau. Nanti auntie tahulah macam mana nak pujuk si Rusy tu. Auntie akan cuba pujuk dia supaya kahwin dengan Zita.”
“Auntie janji?”
“Auntie janji, sayang”Zita tersenyum kemenangan dalam pelukan Datin masyitah.
Seminggu kemudian…
Hari ni Rusydi membawa Wardah untuk bertemu dengan Datin Jamilah. Pada mulanya dia sendiri takut untuk mengajak Wardah berkahwin awal pertemuan mereka tetapi dia lagi bimbang jika Datin Jamilah nekad mengahwinkan dia dengan menantu pilihannya. Dia tak sanggup. Rusydi berusaha jugak untuk memujuk Wardah berkahwin dengannya walaupun mereka baru sahaja berjumpa. Seminggu dia memujuk, akhirnya hari ini Wardah bersetuju untuk berkahwin dengannya. Kalau tak melepas dia. Dan hari ini juga dia membawa Wardah berjumpa dengan Datin Jamilah.
“Kenapa mesti budak ni?” Garang suara Datin Jamilah dengan muka masam mencuka sebaik sahaja Rusydi sampai dengan bersama-sama Wardah. Langsung tidak ada rasa mahu menjaga air muka Wardah, yang dia tahu dia tidak puas hati dengan pilihan Rusydi. Sangkanya anaknya itu akan membawakan bakal menantu yang hebat dan tepat pada citarasanya. Tapi Rusydi bawa Wardah.
“Dah pupus ke perempuan dalam dunia ni, Rusy?” terus Datin Jamilah, sakit hati.
“Kenapa kalau Rusy bawa Wardah? Apa masalahnya?” tanya Rusydi kembali. Sakit hatinya dengan mulut berbisa mamanya. Wardah menunduk memandang hujung kaki sendiri. Malu terasa segenap tubuhnya . dia tahu kenapa Datin Jamilah tidak sukakannya. Perkara lampau memang tidak luput dari ingatannya yang membawa kepada kebenciaan Datin Jamilah kepadanya.
“Kenapa Rusy tanya? Rusy dah lupa ke semua yang terjadi dulu? Semua kejadian tu disebabkan keluarga perempuan ni! Keluarga dia jugak yang membunuh datuk, nenek dan papa Rusy! Kamu lupa ke semua tu?’ Datin Jamilah protes. Dia tidak puas hati dengan sikap anaknya seakan-akan lupa apa yang telah terjadi dulu. Dia tidak akan sesekali meluputkan kejadian tu dalam ingatannya.
“Tapi mama, semua perkara tu kan dah lama berlalu. Lagipun, mama tahu sendiri kan kemalangan tu bukan salah keluarga Wardah sepenuhnya. Kalau tak kerana datuk…..”
“Rusy jangan nak salahkan datuk kamu! Datuk kamu tak bersalah. Kalau ayah budak ni tak keluar dari lorong kereta masa tu, semua ni takkan berlaku. Anak pembunuh!” Datin Jamilah tidak sanggup mendengar apa yang dikatakan oleh Rusydi kerana itu dia memotong kata-kata Rusydi. Sanggup Rusydi menyebelahi perempuan tu.
Kali ni Wardah pandang Rusydi. Matanya terasa panas. Kekecewaannya rasa bukan kepalang. Datin Jamilah tidak seharusnya melayan dia begitu. Dia ingat perkara dulu sudah dimaafkan tetapi masih ada dendam dalam diri Datin Jamilah. dia bertambah sakit hati lagi apabila dia dilabelkan oleh Datin Jamilah sebagai anak pembunuh. Ayahnya bukan seorang pembunuh!
Rusydi turut memandang Wardah. Jelas kelihatan di mata Wardah seakan-akan merah. Rasa bersalah sudah mencengkam dirinya. “Rusy minta maaf kalau mama tak setuju dengan pilihan Rusy. Tapi Rusy dah pilih Wardah untuk jadi isteri Rusy.” Ujar Rusydi nekad memperisterikan Wardah. Pandangan Rusydi dan Wardah berlaga seketika. Mereka berbicara tanpa kata-kata.
“Rusydi !!” Datin Jamilah tidak percaya Rusydi sanggup membelakanginya.
“Keputusan Rusy muktamad. Kalau mama nak tengok Rusy bercerai, mama jangan restu perkahwinan Rusy dengan Wardah. Tapi kalau Rusy bercerai, Rusy takkan kahwin sampai mati dan Rusy akan salahkan mama. Rusy akan tinggalkan mama terus.” Kata Rusy bagaikan mengugut. Datin Jamilah terkesima. Nampaknya Rusy sudah nekad sedangkan dia tidak mahu kehilangan anak tunggalnya itu.
“Rusy akan buat majlis kami dalam masa terdekat ni” pinta Rusydi setelah melihat Datin Jamilah diam.
Siang tadi majlis pernikahan dia dengan Rusydi berlangsung di masjid. Dengan sekali lafaz sahaja, mereka sudah bergelar suami isteri. Sangat ringkas majlisnya kerana mereka kesuntukan masa untuk membuat persiapan. Berbuku saja hati Wardah mengenangkan apa yang berlaku sepanjang majlis mereka. Pantang jika ada yang memandang ke arah mereka, Rusydi tak ubah macam lelaki gatal. Namun, jauh di sudut hati dia sangat bersyukur. Dalam masam bercampur kelat, Datin Jamilah membenarkan juga dia dan Rusydi berkahwin. Ugutan Rusydi petang itu benar-benar berkesan. Itu pun sampai ke hari ini muka masam mama Rusydi tidak pernah manis. Datin Jamilah sudi menerimanya sebagai menantu walaupun tidak sepenuh hati, dia sudah cukup berbesar hati. Hanya dia berharap akan suatu hari nanti, status sebagai menantu dibenci bertukar menjadi menantu disayangi.
Tombol pintu bilik dipulas, Wardah melangkah masuk ke bilik Rusydi. Dia ternampak tubuh suaminya sedang leka bemain dengan telefon di katil. Wardah tersenyum dan mendekati suaminya. Dia melabuhkan di birai katil.
“ Abang buat apa tu?”
“ Abang saja main candy crush ni sambal tunggu sayang masuk bilik.” Anak mata milik Rusydi masih menumpukan pada skrin telefon. Wardah mengalih tubuhnya sedikit supaya bertentangan dengan suaminya.
“ Sorry, Wardah tolong mana yang patut kat bawah tadi. Kenapa abang tunggu Wardah ?” Perasaan malu disembunyikan olehnya.
Rusydi meletakkan telefonnya lalu mengambil tempat di sebelah Wardah. “ Sebab abang nak sayang lengkapkan hidup abang. Abang nak sayang hadirkan keturunan untuk kita.” Suara romantic menyapa gegendang telinga Wardah. Berderau darahnya mendengar kata-kata Rusydi. Rusydi sudah pun tersengih-sengih nakal. Segera lengan Rusydi menjadi mangsa cubitan Wardah.
“ Auwww! Sakitlah sayang. Cuba kalau cubit tu lemah lembut sikit.”
Aduan Rusydi tidak diendahkan. “ Siapa suruh gatal sangat?”
Kepala Rusydi sudah melentok pada bahu Wardah. Wardah hanya membiarkan sahaja perbuatan suaminya. Lama mereka menyepi, Rusydi tiba-tiba mengangkat kepalanya. Rambut panjang Wardah mengurai terlepas daripada pengepitnya. Terkejut Wardah dengan tindakan suaminya.
“ Abang suka tengok rambut Wardah lepas macam ni. Cantik sangat.” Ucap Rusydi penuh makna dan romantic. Muka Wardah disimbah perasaan malu. “ Abang bahagia Wardah jadi isteri abang.” Sambung Rusydi lagi sambil memeluk erat  pinggang isterinya. Pipi Wardah dikucup lembut.
“ Wardah pun bahagia. Kalau ini takdir Allah, Wardah sayang abang sehingga hujung nyawa.” Wardah membalas pelukan Rusydi dan dia merebahkan kepalanya pada bidang dada suaminya. Di harap perkahwinan ini kekal sehingga ke Jannah. Dia berharap kasih sayang suaminya tidak berbelah bahagi. Biarpun dibenci oleh Datin Jamilah, tetapi dia berazam akan cari cara macam mana nak menambat hati Datin Jamilah.
Kemalangan itu berlaku 4 bulan sebelum dia ambil peperiksaan SPM. Kesemua nyawa keluarganya diragut dalam kemalangan tu kecuali dia seorang kebetulan petang itu dia menghadiri kelas tambahan. Pada hari kejadian, kereta yang dipandu oleh arwah ayahnya cuba mengelak dari sebuah motor yang hilang kawalan di hadapan keretanya menyebabkan kereta ayahnya termakan jalan. Kereta arwah datuk Rusydi yang datang dari arah bertentangan bertembung dengan kereta ayahnya. Tetapi dia tahu, kemalangan itu bukan salah arwah keluarga dia sepenuhnya. Sebelum datuk Rusydi meninggal, dia sempat ke hospital untuk memohon maaf bagi kesalahan keluarganya. Tetapi lain pula cerita yang timbul. Datuk Rusydi juga turut bersalah dalam kemalangan tu. Datuk nampak kereta datang dari arah bertentangan. Sangkanya mungkin nak memotong tapi baru keluar separuh dari lorongnya. Arwah datuk tak sempat mengelak kerana leka bersms semasa memandu. Padahal datuk sempat sahaja kalau nak mengelak kereta arwah ayahnya.
“ Sayang buat apa kat luar ni?” Rusydi bertanya sambil tangannya melingkari pinggang isterinya yang sedang mengelamun di balkoni. Jauh benar dia mengelamun sehingga mengabaikan suami yang baru seminggu dinikahkan. Mereka masih dalam mood bulan madu “ Apa yang sayang menungkan tadi?” soal Rusydi lagi. Dagunya didaratkan pada bahu Wardah.
“ Tak de apa-apa lah. Saja tengok pemandangan kat luar ni. Cantik, kan?” Dalih Wardah sambil pandangan mata masih melekat pada pemandangan di luar hotel mereka.
“ Yalah tu tak de apa-apa. Sayang tengah fikirkan pasal mama ke?” Wardah meleraikan pelukan suaminya selepas mendengar kata-kata dari Rusydi lantas berpaling menghadapnya.
“ Tak de lah. Tadi saya teringat balik kemalangan tu. Beberapa bulan lepas kemalangan tu, kita putus hubungan sebab mama abang tak izinkan kita bercinta semasa belajar. Rupanya mama tak izinkan kita bercinta sebab mama benci saya lepas kemalangan tu. Saya takut mama benci saya sampai bila-bila.” Wardah menceritakan segalanya dengan sebak di dada.
“ sayang, kita kena berusaha pujuk mama. Walaupun mama bencikan sayang tapi tak bermakna mama tak baik. Mama baik sebenarnya kalau tak mama dah tak restu kita kahwin. Tetapi disebabkan kejadian lalu meragut nyawa datuk, nenek dan papa, mama masih belum terima lagi. Kita usaha sama-sama ye.” Pujuk Rusydi.
“ Tapi sampai bila, bang? Bukan nyawa datuk, nenek dan papa je yang kena ragut. Tapi satu keluarga saya diragut sehingga saya jadi anak yatim piatu.” Wardah mengesat air matanya. Sedikit geram dengan jawapan dari suaminya.
Rusydi memegang kedua-dua pipi Wardah dengan tangan kanan dan kirinya. Mata Wardah sedikit merah direnung. “ Sabar ya, sayang. Mungkin ini sebahagian dari ujian-Nya.” Rusydi menjatuhkan bibirnya di dahi Wardah. Lama. Wardah pula memeluk erat Rusydi. Rusydi tetap berdoa dan berharap suatu hari nanti mamanya akan menerima isterinya dengan tangan terbuka.

BERSAMBUNG ...

Kirah buat separuh dulu sebab ni first time kirah buat cerpen dan terlibat dalam bidang penulisan ni. So, separuh cerpen ni nak tunjuk sikit kat korang yang kirah ni berbakat ke tak dalam bidang penulisan. Jadi mohon jasa baik korang komen sikit yep. Kirah tak nak bagi full sebab takut tak best cerpen dengan gaya bahasa pun tunggak terbalik dah. Hihi. Hope dengan komen korang, Kirah bleh berjaya sikit ke. Jadi Kirah akan continued cerpen ni kalau kebanyakkan komen ni positif .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan