♥ Ukhwah Ku Yang Paling Indah ♥


بسم الله الرحمن الرحيم

Nie lah ukhwah ku semasa di SMASID.  Semuanya 21 orang !

Di sekolah berlainan kelas. Ada yg ambil aliran sn, ada yg ambil ekaun dan ada yg ambil sastera. Kalau mase form 5, form aku ada 5 kelas. Kelas pertama hingga kelas akhir semua ada wakil dari kitaorang. Hakhak.. Tapi kitaorang tak kisah semua tu. Asalkan ukhwah kitaorang tak terputus.
Di asrama, kitaorang satu dorm. 5 tahun di asrama. Tidur, lepak, makan, buat semua kerja sama², jumpa mak ayah diorang, keluar outing sama².  Siapa tak miss semua tu? Miss giler kot !!

Dulu aku selalu fikir " best ah kalau habis SPM cepat² sbb nanti boleh goyang kaki je kat umah !! ". Aku pun lepas je exam tu tamat, memang goyang kaki betul² ka rumah. Kawan² aku pulak duk sibuk cari kerja ke hulu ke hilir. Saja nak tambah pendapatan sendiri. Aku ?? Hehe.. Pham² saja lah.

Bulan 11 berlalu ke bulan 12 ... ( Takde apa² )
Bulan 1 berlalu ke bulan 2 ... ( Hadir rasa rindu dekat kawan )
Bulan 3 berlalu ke bulan 4 ... ( Rindu sangat²)
 Kalau time aku duk layan perasaan, aku selalu teringat diorang. Terlampau banyak kenangan yang berlalu. Kalau ke mana² sentiasa bersama. Dah lah jalan ramai², memang kecoh. Atas jalan tu mesti penuh dengan diorang je. Hahaha.. Sampai takde ruang orang lain nak lalu. Hihihi..

Time ada program dalam dewan, kitaorang duk sama². Tempat biasa kitaorang duduk mesti depan sekali tapi hujung tepi. Hah ! situ lah kelompak kitaorang. Kalau cikgu pun kalau tengok muka kitaorang memang naik meluat dah. Mana tak ye, asyik muka sama saja. Haha..

Kitaorang tak de lah femes sangat kat sekolah tu. Bukan kerja kitaorang nak kejar femes kat sekolah ☺. Macam orang cakap lah, dalam persahabatan mesti ada pergaduhan kan? Kitaorang tak bergaduh ke? Impossible !! Kitaorang kadang² bergaduh lah jugak. Tapi sekejap² je. Lepas tu berbaik semula. Ye lah, kalau situasi asrama mesti balik² muka orang tu jugak. Jadi tak perlu lah nak bergaduh. Standard lah kalau salah faham sikit² tu. Dah namanya ujian persahabatan.

Time gaduh, kitaorang tak berpecah pun. Duk dalam dewan still lagi bersama. Ke mana² pun bersama. Tapi tak bertegur sapa lah. Kalau si A ni bergaduh dengan si B, takde istilah si A dan si B nak halang kitaorang berkawan dengan yang lain. Tapi yg aku tak tahan gelak time gaduh ni, kita nak panggil nama orang lain tapi mesti akan tersasul jugak nama kawan yang sedang gaduh dengan kita. See, seteruk mana pun mesti kita akan rindu dia. Bagi aku, yg ni lah persahabatan yg sweet giler !! Aku sangat² merindui moments nie.

Memang antara kitaorang yg cerewet, cepat merajuk, melenting dan macam² lagi kerenah tu, tapi tu bukan halangan untuk kitaorang tuk bersama.


Kalau nak citer pasal aku punya kenangan memang banyak.
Tak terkira. Ye lah, 5 tahun kot.

Kadang² pernah jugak terdengar orang cakap yang kitaorang ni 'ASSABIYAH' .. 'HIDUP BERPUAK-PUAK' .. 'GENG ASSABIYAH' .. Memang lah kitaorang marah dituduh macam tu. Tapi bukan kitaorang boleh buat apa² pun. Nak maki hamun pun takde faedah. Sedih jugak. Jadi tak kisah apa orang nak kata pasal kitaorang memang kitaorang tak kisah. Malas nak ambil peduli. Tapi bagi yg belum faham apa maksud ASSABIYAH ni, please buat research dulu pasal benda tu sebelum campakkan kata² tu kat orang. Kitaorang bukan lah macam yg dikatakan orang² kat sekolah tu.

Dalam ukhwah kitaorang tak kisah pasal persamaan taraf ke tak. Semua di layan sama rata. Kitaorang tak kisah cantik ke hodoh ! Gemuk ke kurus ! Kaya ke miskin ! Tinggi ke rendah ! Semua sebenarnya sama saja. So, faham konsep ASSABIYAH tu dulu. Bukan kitaorang tak bertegur sapa dengan pelajar lain, kitaorang tegur jugak. Cuma takde lah rapat sangat. Tapi tu tak bermakna kitaorang putus ukhwah. Ujian² .. ☺☺☺ 
Bersabar lah wahai hati ..

♥♥♥ MISS U MY FRIENDS ♥♥♥



3 ulasan:

  1. kieyrah miss u a lot....
    rindu korang sume....
    klau bleh x nak pun pisah ngan korang sume...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miss u too .. p nk wk gne .. simpan je dlm hati smpai bengkak hati tu .. Hakhak ..
      stiap prtemuan ad prpishannya ..☺

      Padam
  2. hehe. sy pon budak 97 juga. mmg starting to miss some friends. some je la. ade tu yg x rindu langsung. wakaka. kejam tak xD

    BalasPadam